31 October, 2011

chaiyokkk..

guess what??
berat aku dah turun..
=D

last timbang 61.2kg..
*
*
*
*
*
*
berat terbaru 58.5 kg...
memang senyum sampai telinga la...
dah dapat balik berat asal...
tak sia-sia diet..
pipi yang chubby pun dah tak ada..
seluar pn dh longgar habis..
nak turunkan sampai 55kg..
=))
chaiyokk!!..

22 October, 2011

18 October, 2011

it's my birthday today!!!

selamat hari lahir untuk diri sendiri..
26 tahun sudah...
bersyukur kerana masih dipanjangkan umur...
untuk berada di bumi Allah..
bersyukur kerana masih sihat...
untuk menjadi isteri kepada en halim..
untuk menjadi ibu kepada hirzi sufi..
terima kasih Ya Allah..

dah lama tak dapat kad ucapan hari lahir..
dah tak ingat bila kali terakhir...
sekarang ni dah moden...
semua wish through handphone je...
lagi advance wish kat facebook..

pagi ni masa en halim nak pegi kerja...
lepas salam dan peluk cium..
tetiba dia hulur sekeping sampul..
terharunya...
=))

setakat ini baru menerima 2 ucapan...
melalui handphone..
dari 2 teman rapat..
yang selebihnya advance wish dekat facebook..

apa-apa pun..
terima kasih untuk semua ucapan dan doa kalian...

15 October, 2011

oh diet! berhasil atau tak??

semalam lepas mandi..
saja gatal tangan ambik pita pengukur...
almaklum dah sebulan berdiet (lah sangat)...
ukur sana ukur sini...
ada perkembangan yang agak memuaskan...
ada penyusutan di bahagian tertentu..
walaupun hanya 1cm...
kira berhasil la jugak kan...
nak tunggu hujung bulan ni...
baru nak timbang berat badan...
ada penurunan ke tak..
chaiyokk...chaiyokkk!!!

overload..nak termuntah..

baru lepas lunch ngan en. suami...
rasa nak termuntah la pulak...
sekarang ni dah tak boleh makan banyak..
makan lebih sikit pun rasa macam nak terkeluar balik...
mungkin sebab dah sebulan kurangkan pengambilan nasi..
kalau makan merapu-merapu pun cepat je kenyang...
kena duduk diam-diam sat...
bagi nasi ni turun..
=(

10 October, 2011

dah boleh berjalan tak nak orang dukung dah

my baby boy, hirzi sufi dah boleh berjalan..
masih dalam proses belajar berjalan..
kata orang bertatih..
hirzi seronok dia dah boleh melangkah...
jatuh pun tak apa bangun balik...
dah tak nak orang dukung...
gila nak berjalan...
harap-harap lagi sebulan hirzi dah cekap..
sekarang ni asyik nak pakai kasut ja..."acut..acut"
kalau nak suruh kita buka.."ukak"
mulut pun boleh tahan ramah..
sayang kamu hirzi sufi...
=))

i'm on diet

walawehhh...tajuk tak boleh blah...
akibat ramai sangat yang menegur...
"berisi la ni noh"
"awat aku nampak hang makin berisi"
itu ok lagi...
yang paling tak boleh tahan..
bila mak sedara sendiri yang tegur..
"hang gemuk noh la ni"

panas telinga...
tak boleh tahan...
jadi sekarang aku sedang berdiet..
diet sangat la kan...
macam mana??
cuma kurangkan pengambilan nasi...
dan kurangkan makan malam..
kalau dulu sehari sampai 2-3 kali makan nasi...
sekarang sehari makan nasi sekali saja...
ataupun kadang 2-3 hari baru makan nasi...

berisi sangat ke???...
just naik 1-2kg je dari berat asal sebelum preggy dulu...
aku tengok macam ok je..
cuma bahagian bidang bahu nampak lebar sikit...
sebab tu kot nampak keseluruhan macam sangat la berisi..

dulu aku kurus kering  kata macam papan...
dah elok-elok berisi sikit pun nak kata jugak...
lantak korang la...
mulut tempayan boleh la tutup..
ini mulut manusia...
paham sendiri lah..

tunggu hujung bulan ni..
nak tengok berhasil ke diet yang macam ni...
=))

26 September, 2011

setelah seminggu..

seminggu...
itu pun dah rasa macam lama sangat...

en.halim dah selamat sampai pukul 1 pagi semalam..
hari ni keluar lunch dengan en.halim..
rindunya seminggu tak bersua muka...
cuma sms dan dengar suara di telefon saja..
nak buat panggilan video pun...
sorang je yang ada lagi sorang tak ada..

malam ni boleh la nak manja-manja dengan en.halim...
boleh la suruh en.halim sapu minyak dan picit belakang...=D
terasa sakit dari semalam lagi...
tapi tak ada orang yang nak tolong picit...

=))


hari ini
lunch bersama
chenta hati

23 September, 2011

menang atau kalah adat permainan

incik suami baru lepas habis game...
nampaknya rezeki mereka setakat suku akhir saja...
tak mengapalah...
itu semua adat permainan...
ada yang menang...
akan ada yang kalah..
latihan yang berbulan-bulan...
walaupun kalah mereka tidak bersedih...
tetapi melakar sejarah layak ke suku akhir...
selalunya awal-awal lagi dah kalah...
walaupun kalah mereka tetap puas...
=))

22 September, 2011

think positive..


*hati tak sakit*
*jiwa pun tak merana*


1-1-1

meh sini  nak update pasal KPN Cup...
kita cerita pasal polis penang dahla ya...
sebab incik suami main untuk polis penang..=))
polis penang dah selesai 3 perlawanan...
tak tau ada lagi berapa game..
buat masa sekarang..
1 menang..
1 kalah...
1 seri...


entri ini jugak adalah post  yang ke 111...
=D


**sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka**



masih bukan rezeki saya..=)

pagi tadi check satus permohonan...
tetiba tulis dukacita dimaklumkan....
anda tidak berjaya dalam temuduga yang telah diadakan..
pelik la kan...
takda inform apa-apa pun...
tetiba gtau gagal temuduga yang telah diadakan...
bila pulak pihak berkenaan buat temuduga??...
tertanya-tanya dan agak tidak berpuas hati..
aku hubungi pihak berkenaan untuk dapatkan kepastian..
macam biasa la pass sana pass sini...
akhirnya terjawab sudah...
puan tidak disenaraipendek untuk panggilan temuduga..
patutnya kena tulis macam tu la kan...
ok dah puas hati..
walaupun ada sedikit kuciwa..
=((
tidak mengapa...masih bukan rezeki aku..
*senyum*

20 September, 2011

Selera kami berbeza...

Mak goreng ikan keli hari ni...
sangat-sangat-sangat sedap..
salah satu my favourite jugak tu..
antara ikan keli dengan ikan haruan...
aku lebih prefer ikan keli...
rasanya lebih sedap dari haruan...
tapi yang sebenarnya yang sedap tu la berbisa..
yang tak sedap tu la boleh mengubati...

aku sangat la suka makan ikan keli...
en. halim pulak tak makan ikan keli..
bukan setakat ikan keli...
semua jenis ikan sungai dia tak makan...
bila selera tak sama ni susahla sikit...
kalau nak makan apa yang en.halim tak makan...
kena la request dekat mak...
tak syok pulak kalau nak masak sesuatu...
kita makan tapi orang lain tak makan...

selera kami berbeza...
family en.halim suka makan daging or kerang cicah air asam...
family aku pulak tak biasa makan macam tu..
bila dah kawen ni kena la berjinak-jinak dengan semua tu kan..
kena la saling mempelajari sesuatu yang kita tak biasa buat..