14 July, 2011

2 hari 3 malam

tajuk entri ni ala-ala macam percutian gitu.. bukannya apa seronok dapat bersama hirzi 2 hari 3 malam... tu pun rasa tak puas.. selama hirzi ada dengan ibu abah kami bertiga memang tak lekat kat rumah..


SABTU ~ 9julai 2011
lepas kerja pegi rumah mak ambik hirzi balik.. sampai rumah dah pukul 8malam... sepanjang perjalanan nak balik rumah hirzi meragam tak mau duduk dalam seat baby tu... menangis jerit-jerit sampai termuntah-muntah.. mungkin sebab mengantuk sangat tak tido petang.. sampai rumah abah ambik terus diam.. hirzi anak abah ye..


AHAD ~ 10 julai 2011
genap umur hirzi 10 bulan.. hari ni jugak kena bawak hirzi ke klinik desa untuk timbang berat.. berat hirzi sekarang dah 8.6kg.. berat hirzi naik 500gram ja dalam masa 2 bulan.. lasak dan aktif sangat tapi okey la berat normal masih dalam kawasan putih.. lepas selesai urusan kat klinik singgah rumah mak kejap.. tujuannya nak pegi ambik cotton bud hirzi last-last balik lupa jugak.. disebabkan hirzi tak mau tido ibu abah bawak hirzi ronda-ronda pekan kulim... ibu nak singgah pasar malam tapi hirzi dah ngantok sangat pulak... bangun dari tengahari tak tido sampai ke petang...


ISNIN ~ 11 julai 2011
sepatutnya hari ni kerja tapi aku ambik cuti sebab nak pergi ujian kelayakan untuk jawatan kosong kat area perda.. ujian pukul 3.30ptg.. ingatkan lama padahal 25minit je... ambik cuti sehari...tak kesah la boleh jugak habiskan masa dengan anak ibu...sekali denga en halim pun ambik cuti jugak...tu yang best sangat tu.. cuti la baru sempat nak mengemas rumah... dari pagi sampai la nak pergi ujian tu tak habis-habis dengan kerja rumah... basuh baju, masak, itu la, ini la... dah la jarang masak bila dapat masak untuk anak dan suami rasa best sangat-sangat... petang lepas habis ujian tu singgah summit kejap.. en halim nak hantar seluar untuk di alter.. sempat la jugak shopping barang-barang ibu... en halim ajak pegi tasik mengkuang pulak lepas tu... sampai muncung mulut-mulut hirzi tengok ikan... sebelum maghrib kami gerak balik rumah..

 
selasa pagi baru hantar hirzi balik rumah mak.. seronok sangat-sangat-sangat... sekarang hirzi pun dah tak ada masalah nak tido dalam kereta..kalau dulu nak tido mesti nak pegi dekat abah... kalau tak mesti meragam... sekarang abah haippp sikit terus lentok kepala kat bahu ibu.. tak lama lepas tu lena la... lepas ni boleh la jalan-jalan jauh sikit...senyum sampai telinga la...=D

No comments:

Post a Comment