10 September, 2011

10 September 2011

waktu ini setahun yang lalu..
ibu hirzi berada atas katil di bilik bersalin...
menahan sakit menanti bukaan rahim...
hampir 7 jam menanti di bilik bersalin...
untuk melihat anak yang dikandung...
lebih 40 minggu..

hari ini 10 September 2011
genaplah umur hirzi sufi 1 tahun..
rasa macam sekejap je kan masa berlalu..
pejam celik pejam celik dah pun setahun..

perkembangan hirzi setakat hari ini...
hirzi sangat ringan mulut..
senang bercakap..
dah ada 8 batang gigi..
4 batang gigi atas...
4 batang gigi bawah..
tapi gigi arnabnya tak tumbuh-tumbuh lagi...
bila sengih macam tokwan takda gigi..=))
dah boleh melangkah 2-3 tapak..
tak lama lagi boleh la berjalan..=)
tapi kalau disuruh...
oppss sori.. dia tak nak..

orang cakap kalau dapat gigi dulu...
lambat sikit  nak boleh berjalan...
macam tu ke??..
entah.. tak tahu la pulak kan...

SELAMAT HARI LAHIR..
 HIRZI SUFI..
1 tahun suda..
=))

No comments:

Post a Comment